Thursday, May 21, 2009

RESEPI HARI INI

GULAI LEMAK IKAN LAMPAM DENGAN DAUN ROSELL

Bahan-bahan

2 ekor ikan lampam
2 biji bawang merah
10 ulas cili padi
2 inci kunyit hidup
5/8 helai daun rosell
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat


Cara Membuatnya

1. Ikan dibersihkan dan digaul dengan asam jawa, kemudian bilas ikan dengan air bersih
2. Kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang
3. Masukkan bahan di atas ke dalam periuk bersama santan cair dan didihkan selama 10 minit
4. Masukkan ikan dan daun rosell-renihkan 10 minit lagi (api kecil)
5. Kemudian masukkan santan pekat-kacau selama 5 minit
6. Gulai siap untuk dihidang

Petua

* Jika gulai kurang warna kuning, tambahkan serbuk kunyit. Jangan tambah kunyit hidup kerana kunyit hidup, kalau terlalu banyak akan meninggalkan rasa pahit dan maung pada gulai.

Selamat Mencuba : )

No comments:

Post a Comment